Pada musim cuti sekolah Mei 2010 kami ke Sabah, Negeri Dibawah Bayu. Percutian kami banyak dihabiskan di daerah Ranau. Satu daerah yang terkenal kerana ia berada di kaki gunung Kinabalu. Kebetulan saudara angkat keluarga kami berasal dari daerah itu maka percutian kami menjadi lebih menarik kerana ada pemandu pelancung warga tempatan.
 |
Seronok memberi makan ikan kelah... |
 |
Air agak keruh sebab hujan turun pada sebelam
malam sebelum itu |
Di Kg Luanti kami telah melawat ke Sungai Luanti yang terkenal dengan terapi ikan kelah. Sungai ini dipelihara dengan menternak ikan kelah. Sementara menunggu untuk ke sungai, kami dihiburkan dengan pemainan alat musik tradisional Sabah..... Merduuu....
 |
Permainan alat musik tradisional.... |
 |
Ikan-Ikan menggit kaki.... |
Sempat juga singgah di Kundasang untuk membeli sayuran dan buah-buahan segar. Terasa seperti berada di Cameron Highland le pulak... Sayuran di sini memang segar dan agak murah berbanding di sini.
 |
Pasar Kundasang....... |
Setelah puas berjalan di Ranau dan Kundasang, kami ke Kota Kinabalu. Menginap di Marina Court di pekan KK. Destinasi kami yang pertama semasa di KK ialah ke Muzium Kota Kinabalu. Melihat khazanah yang tersimpan di muzium berkenaan banyak memberi pengetahuan buat anak-anak sedara ku.
Sempat juga singgah sebentar di pasar Philipines walaupun cuaca tak mengizinakn.... datang Sabah ni asyik ujan je.... hujan rahmat le tu.
 |
Berposing di hadapan Muzim Sabah |
Kami telah dibawa untuk melihat matahari terbenam semasa di KK. Memang cantik permandangan waktu senja di situ. Kami dapat melihat matahari sedikit demi sedikit terbenam di balik sebuah pulau.
 |
Menunggu matahari terbenam.... |
 |
Permandangan matahari terbenam fuhhhh.... panorama yang indah |
Kami juga telah ke sebuah pulau yang berdekatan dengan KK iaitu Pulau Manukan. Memang cantik pulau itu dengan air yang jernih dan ikan-ikan yang cantik dan berwarna warni.